Friday, August 5, 2016

Insecure..protective..it's me

Hari ni hari yang aku tak akan lupa..hari ni saat yang aku rasa kan sangat insecure..saat di mana aku rasa aku kehilangan anak aku..24jam aku bersama dengan anak aku..masak,makan,jalan2,mandi,tidur semua nya aku buat bersama anak aku..tapi hari ni,bila aku nak bawak anak aku jalan2 seperti rutin harian aku,ada pula orang lain yang sibuk kelam kabut mengajak anak aku ikut dia..ye..memang dia bukan orang lain dalam hidup anak aku,dia mak mertua aku,tapi aku tak suka dan tak nak anak aku hidup ikut cara dia..aku bagai nak gila meroyan melihat tingkah laku dia..aku menyesal berbuat baik dengan dia selepas hari raya hari tu..sebelom ni hidup aku aman tanpa gangguan dari dia,sebab aku tak pernah bertegur sapa dengan dia walau duduk satu rumah..semua sebab mulut puaka dia yang sesuka hati sumpah seranah aku dan keluarga aku..aku tak kan pernah lupa apa yang dia pernah kata pada aku..walhal aku juga tahu semua keburukan dia dari mula dia menikah dengan arwah ayah mertua aku..tapi sengaja aku diam kan dan perhati caranya..nampak gaya,makin aku mendiam kan diri,makin melampau tingkah laku nya..pernah satu hari,aku tengah masak dan anak aku sedang bermain sambil tonton televisyen,dia boleh ambil anak aku dan bawak anak aku keluar tanpa bagitahu aku..aku hairan bila anak aku senyap,aku panggil namanya tapi tiada sahutan,aku terkejut dan separuh gila cari anak aku,tup2 aku nampak dia balik dan buat muka selamba turun dari kereta..dalam hati aku menyumpah seranah sebab menyusahkan aku..aku memang tak akan lupa dan tak akan biarkan sesiapa pun ambil anak aku..biar apa orang nak kata..aku terlalu protektif ke apa ke,,itu anak aku.! Biar aku yang tentu kan cara hidup dia.! Aku yang menanggung rasa sakit bersalin kan dia.! Sedangkan kau pun tak pandai didik anak,jangan kau campur urusan cara hidup anak aku.!

No comments:

Post a Comment